SAHAM

NYATAKAN PENDIRIAN

NYATAKAN PENDIRIAN

ReSaP '10

Monday, May 16, 2011

Najib umum kenaikan pangkat secara terpilih,buktikan tawaran 100 hari pakatan rakyat lebih relevan-YB Idham Lim

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 16 Mei :-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Pengumuman ini sekaligus menafikan apa yang pernah disebutkan dalam program 100 hari buku jingga Pakatan Rakyat untuk memberi tambahan gaji kepada semua guru sebanyak RM 500 adalah sesuai dilaksanakan dan bukannya membawa kepada negara bankrap seperti yang pernah diucapkan oleh Menteri pelajaran, Muhyiddin Yassin".

"Namun begitu terdapat sedikit kekeliruan mengenai kenaikan pangkat secara terpilih dan tidak melibatkan semua guru secara selakigus seperti yang telah diumumkan Najib" Demikian ulasan dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa dihubungi sebentar tadi.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan terdapat pilih kasih dan ada matlamat tertentu yang disifatkannya sebagai "ada udang disebali batu" dengan pengumuman kenaikan pangkat secara terpilih tersebut.

"Realitinya yang berkerja kuat ialah semua guru khususnya yang tidak berpangkat dan mereka sepatutnya mendapat imbuhan kenaikan secara menyeluruh seperti yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat" Kata Khalil.

"Dengan kerja keras mereka yang tidak berpangkat itulah prestasi pendidikan negara terus meningkat dan mereka mestilah dihargai semuanya, bukanya secara terpilih sahaja"Katanya

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," kata Najib dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di Kuching hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pangkat ke Gred Khas, Namun menjanjikan semua guru lain peluang menikmati pergerakan gaji tahunan sepereti biasa.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," Umum Najib.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," kata najib.

Dalam perkembangan yang berkaitan juga,Khalil idham Lim yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dilihat sangat relevan kerana tambahan gaji yang dicadangkan melibatkan semua guru termasuk yang diumumkan mendapat kenaikan pangkat dan gaji pada hari ini.

"Ianya tidak pilih kasih dan melibatkan kumpulan tertentu sahaja, sepatutnya ianya dilaksanakan oleh pihak kerajaan" katanya

Khalil Idham Lim yang juga pernah menajdi Guru sebelum spenuhnya aktif sebagai ahli politi mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini.

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, jasa guru sangatlah besar dan tinggi nilainya"

"Selain itu saya menyeru kepada seluruh warga pendidik untuk bersedia dari sekarang bagi menentukan Pakatan Rakyat mampu mengambil tampuk pemerintah Malaysia dan untuk diPerak mengembalikan kuasa yang telah di rampas oleh UMNO dan BN".

"Harapan saya Guru tidak akan tunduk dengan ugutan dan desakan pihak tertentu dan berani melakukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih Selamat pada masa akan datang" Tegasnya

No comments:

Post a Comment

SEGALA KOMEN YANG DIPAPARKAN DI BLOG INI BUKANLAH SEMESTINYA MENUNJUKKAN PENYATAAN SEBENAR DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LENGGONG.DIHARAPKAN PARA KOMENTAR MEMBERI KOMEN YANG BERETIKA DAN PENUH TATASUSILA.