SAHAM

NYATAKAN PENDIRIAN

NYATAKAN PENDIRIAN

ReSaP '10

Friday, June 11, 2010

PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH


  1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
  2. Ingkar nikmat Allah samaada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
  3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
  4. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
  5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.
  6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
  7. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
  8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
  9. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
  10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
  11. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
  12. Melantik orang-orang kafir dan munafiq menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.
  13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
  14. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
  15. Menyatakan bahawa Al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
  16. Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhananNya dan ingkar nama-namaNya.
  17. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
  18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
  19. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
  20. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenag jasa dan namanya.

Wednesday, June 9, 2010

SEJARAH YAHUDI DAN UMNO DI MALAYSIA






Semasa lawatan Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat pada 1/5/2010 tempoh hari,rombongan dibawa ke satu tempat di Jalan Zainal Abidin berhampiran bangunan UMNO P. Pinang. Agak terkejut bila melihat lebih 1 ekar tanah diberikan oleh Kerajaan BN P.Pinang kepada yahudi untuk dijadikan tapak perkuburan mereka. Rombongan juga difahamkan oleh penjaga kubur itu yang berketurunan India, beliau adalah generasi ke 3 menjaga kubur itu dan dibayar untuk menjaga kubur tersebut. Difahamkan juga setiap tahun waris yahudi ini akan datang ke sini untuk melawat kubur ini.
Persoalannya sekarang bagaimana kaum terkutuk ini dapat mempengaruhi kerajaan negeri P.Pinang pada masa itu bagi mendapatkan tanah tersebut. Jelas dan nyata yahudi mempunyai agenda jahat di sebalik tindakan mereka. Mungkin kah ini satu cara halus yang mereka gunakan untuk memasuki negara ini sedangkan kita rakyat Malaysia tidak boleh memasuki negara mereka.
Jadi tidak hairanlah kenapa sekarang ini Kerajaan 1 Malaysia sanggup bersahabat dengan APCO. Rupa rupanya hubungan mereka sudah lama terjalin. Ini dapat dibuktikan dengan isu Khariah Masjid Jelutong yang sudah hampir 13 tahun memohon tanah untuk perkuburan islam tidak dilayan tetapi Kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng telah meluluskan. Orang melayu susah dapat tanah di P.Pinang, Yahudi boleh dapat... Tahniah UMNO / BN... UMNOAPCO....

Monday, June 7, 2010

JUDI BOLA SEPAK: PERAK JADI PUSAT JUDI UTARA


24 Jamadil Akhir 1431H.
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Perak terutamanya pihak Kerajaan Negeri Perak telah mengizinkan premis-premis judi beroperasi dalam pertaruhan perjudian pertandingan bola sepak Piala Dunia yang telah dilulus lesen oleh Kerajaan Pusat kepada Syarikat Ascot Sport anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corporation milik Tan Sri Vincent Tan dan menjadi pusat operasi atau destinasi bagi mereka yang ingin berjudi di sebelah utara tanahair.

Ini kerana PBT di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor termasuk Kelantan tidak membenarkan operasi pertaruhan perjudian pertandingan bola sepak Piala Dunia diizinkan di premis-premis judi yang di bawah kawalan PBT. Sudah tentu bagi kaki-kaki judi ini berkesempatan dapat berjudi di Negeri Perak kerana Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah memberikan keizinan bagi tujuan tersebut. Bagi kaki judi di selatan Kedah, Pulau Pinang dan juga utara Selangor akan menumpukan premis judi di Perak.

Bagi kaki judi, mereka telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Zambry kerana memberikan peluang dan juga kebenaran untuk mereka berjudi secara sah. DPPN Pk amat kesal dengan sikap sebenar Datuk Seri Zambry yang kelihatan menyokong judi yang beliau sendiri yakin bahawa judi adalah haram di sisi Islam. DPPN Pk juga mendesak agar Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak dan juga tokoh-tokoh agama agar menasihatkan Datuk Seri Zambry agar tidak membenarkan perjudian bola sepak ini.

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Saturday, June 5, 2010

ISU GULA: MANA PELAN PENGAWALAN?


ISU GULA: MANA PELAN PENGAWALAN?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan Kerajaan tidak bertindak wajar di dalam memastikan keperluan rakyat di dahulukan kerana semenjak awal Jun ini sehingga sekarang isu ketiadaan stok gula masih berlaku termasuk di pasaraya besar sekitar Ipoh.

Tiada tindakan konkrit dilakukan oleh kerajaan terutamanya berkisar pelan pengawalan yang tidak menepati usaha bagi memastikan stok gula berada di dalam pasaran. Walaupun isu kenaikan harga gula merupakan punca ketiadaan stok dipasaran, perkara tersebut bukannya sebagai alasan utama sebenarnya.

Ini kerana pemantauan yang tidak konsisten oleh kerajaan menjadi punca perkara ini terus berlaku. Oleh yang demikian, DPPN Pk mencadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan pusat laporan yang sistematik. Dengan teknologi masakini, usaha menyaluran maklumat akan menjadi cepat dan pantas.

Sistem sms, mms, e-mel, atau sebagainya sebagai pendekatan penyaluran maklumat bagi tindakan susulan yang sepatutnya diambil kira oleh pihak kerajaan. DPPN Pk berharap pertanggungjawaban yang sepatutnya menjadi kayu ukur kemampuan seseorang menjalankan tugas mesti diambil kira kerana kita tidak mahu rakyat negeri Perak ini dibebani dengan masalah yang wujud ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, May 5, 2010

ROMBAKAN KABINET: UMNO PUN TIDAK PERCAYA UMNO


ROMBAKAN KABINET: UMNO PUN TIDAK PERCAYA UMNO

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kelakar dengan ulasan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkaitan rombakan kabinet oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri yang dianggapnya menunjukkan keseimbangan sedangkan apa yang jelas ianya telah menggambarkan ketidakyakinan Umno terhadap anggota partinya sendiri.

Samalah juga keadaannya di Negeri Perak yang mana gambaran jelas ketidakyakinan Umno tersebut dapat dilihat dari pilihan Datuk Seri Zambry yang melantik orang-orang kanannya bukan dari kalangan kepimpinan yang berjawatan di dalam Umno itu sendiri. Sebagai contoh jelas yang ada ialah perlantikan Pegawai Khasnya, Setiausaha Akhbarnya, Perak Aman Jaya dan Yayasan Bina Upaya.

Datuk Seri Zambry seolah tidak sedar penentangan terhadapnya oleh kepimpinan Umno Bahagian hasil tindakannya untuk tidak memberikan jawatan penting tersebut kepada kepimpinan Umno yang ada. Sudah tentu rakyat boleh menilai bahawa Umno sendiri tidak yakin akan orang-orangnya yang sepatutnya mampu menjalankan tugas mereka jika diberikan.

Kita semua akan tunggu rombakan Exco Kerajaan Negeri Perak yang sudah pasti kepimpinan lama Umno akan ketinggalan di dalam perkara ini. Rakyat sudah pasti melihat akan ketidaktentuan Datuk Seri Zambry di dalam membuat rombakannya kelak.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, April 14, 2010

ReSaP '10






Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”

[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anh)


DPP Lenggong dibawah lujnah tarbiyah pemuda telah menjalankan tugas nya dalam membina kelompok generasi baru bagi kawasan Lenggong , dimana selama ini telah lama pemuda 2 kawasan ini telah rindukan aktiviti dan program , yang mana kesepian jiwa -jiwa mereka kali ini telah diisi oleh DPP Lenggong.dilihat kerjasama yang bersungguh2 ini telah menarik minat seramai 50 orang pemuda lingkungan umur 13-30 tahun . pemuda yang menjadi peserta ini , adalah dari kampung 2 yang terdapat dalam kawasan parlimen Lenggong., bermula dari Kg Kuak sehingga Ulu Kenderong Gerik .Bertempat di Lata Kekabu , iaitu salah sebuah kawasan rekreasi yang terkenal di Lenggong , dan program selama 2 hari ini bermula pada 14- 16 Mei 2010 ini, dilihat telah memberi impak yang besar dalam perubahan pemuda bagi Kawasan Lenggong.

Program yang diberi nama Rehlah santai pemuda @ ReSaP 10 ini adalah bermatlamatkan menarik dan mendekatkan diri pemuda sektar Lenggong dengan persekitaran riadah islami, yang mana telah berjaya membawa kepada pemahaman yang mana islam juga membenarkan penganutnya untuk beriadah . Susunan program yang dimulai , taaruf dan dirangkum kan dengan perlaksanaan modul (cungkil bakat ,pembinaan kepimpinan, dan cintakan islam dan negara) dan pengukuhan ibadah ini telah menyebabkan peserta - peserta memaku kan diri untuk setia menunggu program sehingga terakhir., Mungkin kerana sudah lama pemuda 2 kawasan ini tidak dibentangkan program sebegini yang mana menjadi rinduan kepada jiwa-jiwa dan hati pemuda KAWASAN LENGGONG. DPP Lenggong akan terus menerus merancang serta bergabung tenaga bagi mana - mana persatuan belia @ pemuda dalam mengadakan program KHAS untuk Pemuda., dari kursus, bengkel sehinggalah perkhemahan , mungkin selepas ini ada program yang lebih hebat dari ini .., ayuh pemuda kawasan sahutlah cabaran ini ....,,...,,,,.

p/s penghargaan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS KAWASAN Lenggong dan Unit Amal Kawasan Lenggong kerana dapat bersama-sama menghadiri rehlah kali ini.