SAHAM

NYATAKAN PENDIRIAN

NYATAKAN PENDIRIAN

ReSaP '10

Saturday, June 4, 2011

JOM TAHU APA ITU USRAH (SIRI 1)

1.0 PENGERTIAN USRAH

Kalimah ‘usrah’ bererti ‘keluarga’. Ianya menggambarkan sebuah keluarga yang dipertautkan ahli-ahlinya oleh satu ikatan hati yang kukuh dan mesra, yang wujud interaksi dan komunikasi yang baik antara satu sama lain. Dalam konteks Jama’ah Islam, usrah merupakan satu unit atau kumpulan kecil di kalangan ahli dan pemimpin yang diketuai oleh seorang naqib; bertindak sebagai sebuah keluarga yang saling kasih mengasihi dan mengambil berat antara satu sama lain serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu, kefahaman, amalan dan penghayatan Islam melalui berbagai aktiviti yang sesuai dan munasabah.

2.0 MATLAMAT DAN TUJUAN

Usrah adalah merupakan nadi pergerakan jama’ah Islam. Ianya adalah sebuah keluarga yang terhimpun di dalamnya keyakinan, ukhuwwah dan iltizam. Secara umumnya usra mestilah mencapai matlamat:

  1. Mengukuhkan keyakinan ahli kepada dan cita-cita perjuangan Islam.
  2. Membina ukhuwwah Islamiyyah sebagai kekuatan jama’ah Islam.
  3. Memantapkan iltizam pegangan dan penghayatan serta penglibatan ahli di dalam kerja-kerja Islami.

Secara khususnya, usrah mestilah:

  1. Mendedahkan kefahaman yang betul tentang Islam dan pejuangannya.
  2. Menjelaskan matlamat dan dasar serta usaha dan pendekatan jama’ah Islam dalam konteks perjuangan di Malaysia.
  3. Mendidik ahli agar berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  4. Menekankan hubungan baik antara manusia dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan berjama’ah dan bermasyarakat.
  5. Mendedahkan kerja-kerja berjama’ah sebagai satu usaha jihad untuk merealisasikan perjuangan Islam.
  6. Membina petugas-petugas Islam yang dinamik dan produktif di dalam menjalankan tugasan dakwah, tarbiyyah dan amar makruf nahi mungkar dalam konteks amal Islam.

Usrah menjadi satu wasilah dan institusi penting dalam merekrut kader-kader dakwah yang berperanan di dalam tanzim jamaah juga di dalam masyarakat. Kader dakwah yang diperlukan mestilah seorang yang mempunyai ilmu dan fikrah yang jelas, syaksiah yang boleh dicontohi serta iltizam yang kukuh terhadap penghayatan Islam dan perjuangannya.

Oleh itu, usrah mempunyai matlamat dan tujuan yang perlu dicapai dan ia juga diikat oleh rukun dan adab tertentu demi keutuhan dan keberkesanan penubuhannya.

2 comments:

  1. Usrah tak sama ke dengan kuliah biasa. malas ah gi kuliah mgaji

    ReplyDelete
  2. Usrah ada beza ngan kuliah mengaji. Usrah lebih kepada praktikal. Boleh usrah di padang, dalam air pun boleh usrah

    ReplyDelete

SEGALA KOMEN YANG DIPAPARKAN DI BLOG INI BUKANLAH SEMESTINYA MENUNJUKKAN PENYATAAN SEBENAR DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LENGGONG.DIHARAPKAN PARA KOMENTAR MEMBERI KOMEN YANG BERETIKA DAN PENUH TATASUSILA.