SAHAM

NYATAKAN PENDIRIAN

NYATAKAN PENDIRIAN

ReSaP '10

Showing posts with label Lujnah Tarbiah pemuda. Show all posts
Showing posts with label Lujnah Tarbiah pemuda. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

JOM TAHU APA ITU USRAH (SIRI 1)

1.0 PENGERTIAN USRAH

Kalimah ‘usrah’ bererti ‘keluarga’. Ianya menggambarkan sebuah keluarga yang dipertautkan ahli-ahlinya oleh satu ikatan hati yang kukuh dan mesra, yang wujud interaksi dan komunikasi yang baik antara satu sama lain. Dalam konteks Jama’ah Islam, usrah merupakan satu unit atau kumpulan kecil di kalangan ahli dan pemimpin yang diketuai oleh seorang naqib; bertindak sebagai sebuah keluarga yang saling kasih mengasihi dan mengambil berat antara satu sama lain serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu, kefahaman, amalan dan penghayatan Islam melalui berbagai aktiviti yang sesuai dan munasabah.

2.0 MATLAMAT DAN TUJUAN

Usrah adalah merupakan nadi pergerakan jama’ah Islam. Ianya adalah sebuah keluarga yang terhimpun di dalamnya keyakinan, ukhuwwah dan iltizam. Secara umumnya usra mestilah mencapai matlamat:

  1. Mengukuhkan keyakinan ahli kepada dan cita-cita perjuangan Islam.
  2. Membina ukhuwwah Islamiyyah sebagai kekuatan jama’ah Islam.
  3. Memantapkan iltizam pegangan dan penghayatan serta penglibatan ahli di dalam kerja-kerja Islami.

Secara khususnya, usrah mestilah:

  1. Mendedahkan kefahaman yang betul tentang Islam dan pejuangannya.
  2. Menjelaskan matlamat dan dasar serta usaha dan pendekatan jama’ah Islam dalam konteks perjuangan di Malaysia.
  3. Mendidik ahli agar berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  4. Menekankan hubungan baik antara manusia dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan berjama’ah dan bermasyarakat.
  5. Mendedahkan kerja-kerja berjama’ah sebagai satu usaha jihad untuk merealisasikan perjuangan Islam.
  6. Membina petugas-petugas Islam yang dinamik dan produktif di dalam menjalankan tugasan dakwah, tarbiyyah dan amar makruf nahi mungkar dalam konteks amal Islam.

Usrah menjadi satu wasilah dan institusi penting dalam merekrut kader-kader dakwah yang berperanan di dalam tanzim jamaah juga di dalam masyarakat. Kader dakwah yang diperlukan mestilah seorang yang mempunyai ilmu dan fikrah yang jelas, syaksiah yang boleh dicontohi serta iltizam yang kukuh terhadap penghayatan Islam dan perjuangannya.

Oleh itu, usrah mempunyai matlamat dan tujuan yang perlu dicapai dan ia juga diikat oleh rukun dan adab tertentu demi keutuhan dan keberkesanan penubuhannya.

Saturday, May 21, 2011

Pelaksanaan usrah berkesan

Ihsan Alfadhil Ustaz Mohd Nor Omar
(YDP PAS KAWASAN TANGGA BATU)

Kemahiran pengendalian usrah
1.0 ULANGKAJI TENTANG USRAH
a. Kumpulan ukhuwwah.
b. Bukan majlis kuliah ilmu tetapi penuh dengan perkongsian ilmu dan pengalaman, imaniyyah, biah solehah dan penghayatan hidup Islam.
c. Bengkel latihan kemahiran berjama’ah dan kepimpinan. Unit tanzim amilin jama’ah.

2.0 ASAS PENGETAHUAN
a. Bidang pencapaian ahli- ilmu dan fikrah- keperibadian - iltizam
b. Usul tarbiyyah
- tarkiz tarbawi : ruh, aqal, hati dan nafsu
c. Usul dakwah
- maudhu’
- da’ie
- mad’u
- uslub
- wasilah

3.0 PERSEDIAAN

a. Persediaan ruh
- qiyam pada hari usrah
- solat subuh berjamaah
- al ma’athurat dan rabithoh
- tilawah dan tadabbur al quran

b. Persediaan bahan usrah
- ulangkaji bahan
- buat rujukan ayat-ayat al quran dan hadith-hadith
- buat rujukan buku-buku atau artikel yang berkaitan
- kenal pasti isi-isi penting

c. Persediaan pemfokusan dan pemberatan
- kenal pasti isu jamaah semasa seperti organisasi, gerakkerja, kepimpinan, keperibadian, commitment dsb.
- kenal pasti fokus dan objektif usrah

4.0 ORGANISASI USRAH
a. Ketua
b. Pengerusi liqa’
c. Pembentang tajuk
d. Pengulas tajuk
e. Pengulas Isu
f. Pentazkirah

5.0 PENDEKATAN ( USLUB)
5.1 Ta’arif
- aras kesedaran ke aras kefahaman
- hikmah dan nasihat yang baik
- membudaya ilmu dan amal melalui aktiviti yang dirancang.
- 2 hala dan melatih tugasan
- 80% sentuhan naqib

5.2 Takwin
- aras kefahaman ke aras keyakinan
- tugasan lengkap
- audit kefahaman ahli
- audit keperibadian dari segi ibadah dan akhlak
- audit iltizam dari segi keterlibatan dengan proksi- 50-50

5.3 Tanfiz
- aras keyakinan ke aras kepimpinan
- audition berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja- 20-80

5.4 Qiyadi
- aras kepimpinan dan penguasaan
- audtion berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja- 20-80

6.0 KEMAHIRAN PERIBADI ( PERSONAL SKILL)
6.1 Kemahiran mendengar
6.2 Kemahiran mempengaruhi
6.3 Kemahiran komunikasi
6.4 Kemahiran interaksi
6.5 Kemahiran interaktif
6.6 Kemahiran bahasa badan
6.7 Kemahiran psikologi

7.0 CIRI-CIRI USRAH YANG BERKESAN
7.1 Berusaha mencapai matlamat perjuangan jama’ah.
7.2 Berusaha memenuhi keperluan jama’ah
7.3 Berusaha mencapai objektif usrah menurut tuntutan jama’ah.

8.0 PENUTUP
Kelihatannya sukar untuk mencapai tahap berkesan bagi sesebuah usrah. Namun jika para nuqaba' berusaha dan berterusan dalam menimba pengalaman berusrah ianya akan tercapai melalui kesungguhan dan penghayatan nuqaba' dan juga ahli-ahli usrah. InsyaAllah.Wallahu a'lam

Monday, May 16, 2011

DOA WEHDAH (KESATUAN)

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون
لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون
لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين
لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

ربيده الخي
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر


Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar

Friday, June 11, 2010

PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH


  1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
  2. Ingkar nikmat Allah samaada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
  3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
  4. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
  5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.
  6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
  7. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
  8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
  9. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
  10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
  11. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
  12. Melantik orang-orang kafir dan munafiq menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.
  13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
  14. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
  15. Menyatakan bahawa Al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
  16. Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhananNya dan ingkar nama-namaNya.
  17. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
  18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
  19. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
  20. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenag jasa dan namanya.