SAHAM

NYATAKAN PENDIRIAN

NYATAKAN PENDIRIAN

ReSaP '10

Tuesday, June 7, 2011

Mengapa Tidak Mahu Bertuhan? Ep 1



(Iman)

Tengah hari itu, cuaca sangat nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi, langit cerah beratapkan awan sejemput. Cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk, membuatkan suasana tengah hari itu sungguh indah. Muhammad, seperti kebiasaan, setelah berkumandang azan zohor, di akan keluar dari rumahnya, menaiki basikal melalui lorong-lorong denai, sambil lidahnya terus basah dengan zikrullah. Jarak dari rumahnya ke Masjid tidaklah terlalu jauh, hanya tiga minit dari rumahnya jika menaiki basikal.


Basikal yang dinaikinya, adalah jenis basikal di dalam filem P.Ramlee, bertajuk bujang lapok. Basikal lama. Hadiah dari ayahnya. Walaupun usianya sudah menginjak 20-an, minatnya pada basikal tidak pernah luntur. Asal sahaja ada masa, pasti dikayuhnya basikal itu ke mana-mana. Dia lebih suka membonceng basikal tersebut kemana sahaja kerana hanya sebagai tanda dia menghargai pemberian ayahnya disamping lebih suka menikmati keindahan alam sambil menghirup udara segar.


Setiap hari, dalam perjalanan ke masjid , Muhammad akan melalui sebuah kedai makan dalam perjalanannya ke masjid. Di situ, dia dapati, hampir setiap hari , ada seorang pakcik dalam lingkungan umurnya sekali ganda dari Muhammad . Dan setiap kali itulah, dia akan memberikan salam pada pakcik tersebut sambil senyuman manis terukir dibibirnya. Bagi Muhammad , walaupun pakcik tersebut tidak ke masjid, tetapi agama yang dianuti Muhammad tidak pernah menyuruhnya berlaku biadap pada orang yang lebih tua darinya.


Bahkan , sikap yang baik perlu didahului sebagai tanda menghormati mereka yang lebih tua darinya. Muhammad tahu, pakcik itu, yang lebih dikenali dengan Pak Man, tidak pernah dilihatnya di masjid, dan rata-rata penduduk kampung tahu yang Pak Manbukanlah jenis yang sembahyang, tetapi tidak pernah dicaci pada mereka yang mengamalkan agama. Pak Man juga, bukanlah jenis yang mahal senyman, setiap kali Muhammad melalui kedainya, pasti dijawab salam dan senyman pasti terukir indah diwajahnya.


“Assalamualaikum pakcik…ke masjid dulu ye..” ayat yang selalu meniti dibirnya tatkala melalui kedai makan Pak Man .


“waalaikumussalam..Muhammad, balik sembahyang karang, kamu singgah sini dulu ye..” ujar Pak Man tatkala lalunya Muhammad dijalanan melintasi gerainya.


“Ok..insyaallah…tak janji ye.”


Muhammad sedikit pelik, kerana tidak pernah Pak Seman mengajaknya duduk sekali dengannya. Entah apa yang ingin dibualkan dengannya. Tetapi yang pasti, dia tidak suka berjanji, kerana agama yang dianutinya, Islam, menyarankan agar setiap benda yang ingin dilakukannya, agar disusuli dengan insya Allah..Dan baginya, Insya Allah itulah janji baginya. Dia takut berjanji kerana takut-takut dia tak dapat tepati janji tersebut, jika dia memungkiri janji, bermaksud sifat munafik ada pada dirinya, dan inilah yang dia takuti, sifat paling tercela yang ada pada orang beriman. Itu pegangannya.


Seusai doa, Muhammad bergegas keluar membonceng basikalnya, dan terus menuju ke kedai makan Pak Man .


“Assalamualaikum Pak.” dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pak Man sambil senyuman terukir indah di wajahnya.


“waalaikumussalam..Hah, Muhammad..Duduklah.Pakcik ada benda nak dibualkan pada kamu.”


“hmm…ada apa tu pak?..” Muhammad mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bingung sedikit, kerana tidak tahu apa yang ingin dibualkan oleh Pak Seman.


“Gini…Pakcik kagum la dengan kamu. Sepanjang-panjang kamu duduk di sini, tak pernah lekang dari mata pakcik kamu berulang alik ke masjid. Kamu pulak, suka senyum. Lepas, tak pernah lepas bagi salam pada pakcik. Pakcik musykil campur kagum dengan kamu. ” jujur Pak Man ucapkan pada Muhammad.


‘Ya Allah, janganlah kamu menghukumku di atas apa yang dia katakan,ampunilah aku di atas apa yang dia tidak tahu, dan jadikanlah aku lebih baik dari yang dia sangkakan”. Doa Muhammad di dalam hati. Doa ini selalu diamalkannya apabila ada seseorang memuji-muji dirinya. Biarlah pujian itu diserahkan kembali pada yang empunya segala pujian.’


“Hmm”…Muhammad tidak tahu mahu membalas apa.


‘Pakcik nak tanya kamu boleh?


“Tanya apa ye pak Man?”


‘Hmm…Pakcik ada masalah sikit la..tu yang nak tanya kamu tu. Dah lama pakcik pendam benda ni. Tapi lepas kenal kamu, dengan akhlak kamu yang sangat menarik hati pakcik, pakcik rasa kamu boleh tolong pakcik selesaikan masalah yang pakcik hadapi ni.“Insyaallah..kalau saya boleh tolong, apa salahnya saya usahakan. Saya akan cuba.”


‘Pakcik ni, dah lama tak sembahyang. Dalam 25 tahun dah pakcik tak sembahyang….’ ada nada sayu pada ucapan Pak Man,seolah-olah menyesali dirinya.


“Astaghfirullah” gumam Muhammad di dalam hati.


‘Bermula pakcik tak solat, kerana pakcik ragu-ragu dengan apa yang dipelajari dulu. Dulu pakcik sekolah agama, tapi pelajaran yang diajar, menyebabkan pakcik sakit kepala. Terutama matapelajaran tauhid. Setiap kali kelas tauhid, pasti cikgu bagi hujah-hujah yang bagi pakcik sampai sekarang pakcik tak faham. Semua doktrin-doktrin yang diajarkan, walaupun mulut kata faham, tapi hati pakcik memberontak Nak..sehinggalah, sampai satu hari, pakcik bertekad dah tak nak sembahyang dan pakcik yakin, inilah keputusan terbaik pakcik.’


Muhammad menarik nafas perlahan-lahan. Dadanya sedikit beromabak. Hatinya galau dan sedih mendengarkan cerita Pak Man. Muhammad memerah otaknya mencari sesuatu idea untuk ditanyakan pada Pak Man.


“Kenapa sampai jadi camtu Pak Man?”


‘Sebab , pakcik yakin,bahawa kita tak perlu percaya pada Allah, kita tak perlukan Malaikat, kita tak perlukan kitab-kitab yang dikatakan dari Tuhan, dan pakcik tak percaya pada yang dikatakan adanya utusan-utusan Tuhan atau dengan kata lain Rasul-rasul…Tiada semua ini pun, seseorang boleh berjaya.Ramai je contoh-contoh yang boleh dibuat.Kalau kamu boleh nyatakan kenapa perlu pakcik yakin pada semua-semua ni,pakcik akan pertimbangkan balik apa yang menjadi pegangan pakcik selepas 25tahun ini’


“Maha Suci Allah…” gumam Muhammad di dalam hatinya.


“Pak Man, pak Man beli mana ye kereta tu?” sambil jari Muhammad menuding ke arah sebuah kereta kepunyaan Pak Man.


‘Owh , itu pakcik dapat hadiah dari anak pakcik.’


“Agak-agak pakcik, kereta tu dia terbentuk sendiri ke?”


‘Mana ada kat dunia ni terbentuk sendiri. Sedangkan baju kamu pun , ada tukang jahitnya, inikan pula kereta tu. Mestilah ada kilang buat dia.


“Hmm…itulah jawapan kenapa adanya Allah. kalau pakcik dah akui kereta , baju, dan lain-lain ni ada pembuat, maka , apatah lagi kita ni, bumi , langit, mesti ada pencipta. Dan Pencipta tu, Allah. Sebab tu kita perlu yakin adanya Tuhan.”


‘ok..kalau betul Allah itu tuhan, kenapa dia perlukan yang dikatakan Malaikat?..ini menunjukkan yang dia lemah. Betul tak?..kalau dia Tuhan, semua benda dia boleh buat sendiri. Kenapa perlu ada yang dikatakan Malaikat yang mencatit amal kebaikan,keburukan, Malaikat yang menarik nyawa. Kalau betul dia Tuhan, kenapa dia perlu orang lain buat untuk Dia?’


“Pak Man tau tak Raja kita ni, ada berapa orang hulubalang? ada berapa orang menteri-menteri dia?”


‘kamu ni tukar tajuk ke?’


“ala, Pak Man jawab je”


‘setahu Pak Man , banyak. Pegawai Istana pun banyak.Inikan pula pegawai keselamatan la, apa la.’


“pak Man agak-agak, kenapa Raja tu tak buat sendiri?”


‘Haih kamu ni,mestilah sebab nak tunjuk yang dia tu berkuasa. Dia kan pemerintah,takkan nak buat semua kerja sendiri. Kalau ada orang buatkan untuk dia, bermaksud dia ada kuasa memerintah. Dia boleh suruh orang buat apa sahaja. Kalau dia buat sendiri, orang tak nampak la kuasa dia memerintah.’


“Hah…begitulah seadanya … Allah buat malaikat, bukat sebab saja-saja. Tidak lain untuk tunjuk bahawa Dia tu, sangat berkuasa. Kalau raja di dunia ada juru tadbirnya, hulubalangnya, segala macam kerja, ada je yang akan buat..raja hanya memerintah suruh buat itu dan ini..dan, apakah Raja segala raja iaitu Allah. takde kerajaan sendiri kot?.”


‘Hmm…Habis tu, kalau betul Dia tu Maha Kuasa , kenapa dia tak suruh malaikat je terus bagi wahyu pada semua manusia.Kenapa tidak Malaikat-malaikat sendiri sahja yang beri yang dikatakan wahyu-wahyu tu?”


“Kalau pak Man jadi raja la katakan, apa pak man buat kalau nak beritahu rakyat jelata dan nak tahu apa komen rakyat jelata terhadap apa sebenarnya kehendak raja.?”


“Kalau Pak Man la, Pak Man akan pilih salah seorang dari rakyat Pak Man sebagai wakil pak Man untuk menjelaskan apa sebenarnya kehendak pak Man dari rakyat-rakyat. Lagipun, kalau pilih dikalangan rakyat sendiri, mereka lebih mudah untuk ikut, sebab tiap-tiap hari mereka berjumpa, dan mereka kenal siapa wakil tu sebbab memang membesar sama-sama. Jadi, tahap kepercayaan mereka pada wakil pak Man tu, akan lebih mudah mengikut, berbanding kalau pakcik hantar hulubalang istana sendiri untuk bersana rakyat.”


‘Tengok, Pak Man sendiri dah akui.Itulah contoh untuk jawapan yang Pak Man soalkan tadi. Tuhan lantik dari kalangan manusia ni orang paling mulia dari kalangan mereka, yang paling dipercayai agar segala yang diberitahu tidak dapat disanggah. “


‘Kenapa perlunya yang diaktakan wahyu tu??..kenapa perlu Quran?”


Muhammad mengambil nafas perlahan-lahan. Dia agak keletihan. Memang sifatnya begitu, tidak boleh terlalu banyak bercakap, jika tidak, pasti dadanya berombak keletihan.


“Pak Man pernah beli benda baru tak?..contohnya, apa pak Man buat bila 1st time Pak Man beli kipas ke, handphone ke?Apa pak Man buat??”


‘owh..itu mudah saja, Pak Man akan buka la manual dia, camne nak guna. Kalau tak bukak manual dia tu, pak Man pun tak tau nak guna semaksimum mungkin benda tu. Sekadar dengar-dengar orang cakap tu, boleh la buat sikit-sikit. Tapi, lagi elok bukak manual dia, semua benda boleh buat.”


“Pak Man ni memang bijak”


‘Haih, kamu ni, aku dulu lulusan university. Mesti la bijak.” hidung Pak Man kembang kempis bila dipuji begitu.


‘Hmm..Sebenarnya pak Man dah jawab soalan pak Man tadi. Manusia ni benda baru, dan kita sendiri tidak tahu bagaimanakah mahu digunakan badan kita ni sebaik mungkin. Mahu berjaya , bagi aman,mahu merawat tekanan , bagaimana, semua benda ada dalam alquran. Tentang membangunkan jiwa ataupun membangunkan dunia, semua ada dalam quran. Manusia langit dan bumi ni benda baru, benda yang dicipta, jadi kalau kita tak diberitahu bagaimana nak gunakannya sebaik mungkin, mesti kita banyak rugi kan?”


‘Kamu ni, kamu belajar mana semua-semua jawapan ni?”


“Pemerhatian pak Man. Saya tengok satu-satu benda, saya fikir, saya renung.dan yang pasti, saya banyak meletakkan Allah dihadapan. Apa-apa saja yang terjadi, saya hubungkan dengan Tuhan.Sebelum-sebelum ni pun, saya banyak mencabar diri saya pada benda-benda yang pak Man fikirkan,ragu-ragu itu satu kebiasaan. Teliti, merenung, berfikir dan kaitan segala bentuk dalam kehidupan.Saya bukan jenis terima bulat-bulat. Usaha saya selama ni dalam setiap kata-kata dari manusia tu perlu diselidiki, alhamdulillah, Pak Man kenal saya sepertimana sekarang”


“hmm…Muhammad, kenapa kamu sembahyang tiap-tiap hari?..pakcik tak sembahyang pun berjaya. “


“Pak Man, kita slow-slow dulu, ” ..
bersambung…. Ep 2

Saturday, June 4, 2011

JOM TAHU APA ITU USRAH (SIRI 1)

1.0 PENGERTIAN USRAH

Kalimah ‘usrah’ bererti ‘keluarga’. Ianya menggambarkan sebuah keluarga yang dipertautkan ahli-ahlinya oleh satu ikatan hati yang kukuh dan mesra, yang wujud interaksi dan komunikasi yang baik antara satu sama lain. Dalam konteks Jama’ah Islam, usrah merupakan satu unit atau kumpulan kecil di kalangan ahli dan pemimpin yang diketuai oleh seorang naqib; bertindak sebagai sebuah keluarga yang saling kasih mengasihi dan mengambil berat antara satu sama lain serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu, kefahaman, amalan dan penghayatan Islam melalui berbagai aktiviti yang sesuai dan munasabah.

2.0 MATLAMAT DAN TUJUAN

Usrah adalah merupakan nadi pergerakan jama’ah Islam. Ianya adalah sebuah keluarga yang terhimpun di dalamnya keyakinan, ukhuwwah dan iltizam. Secara umumnya usra mestilah mencapai matlamat:

  1. Mengukuhkan keyakinan ahli kepada dan cita-cita perjuangan Islam.
  2. Membina ukhuwwah Islamiyyah sebagai kekuatan jama’ah Islam.
  3. Memantapkan iltizam pegangan dan penghayatan serta penglibatan ahli di dalam kerja-kerja Islami.

Secara khususnya, usrah mestilah:

  1. Mendedahkan kefahaman yang betul tentang Islam dan pejuangannya.
  2. Menjelaskan matlamat dan dasar serta usaha dan pendekatan jama’ah Islam dalam konteks perjuangan di Malaysia.
  3. Mendidik ahli agar berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  4. Menekankan hubungan baik antara manusia dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan berjama’ah dan bermasyarakat.
  5. Mendedahkan kerja-kerja berjama’ah sebagai satu usaha jihad untuk merealisasikan perjuangan Islam.
  6. Membina petugas-petugas Islam yang dinamik dan produktif di dalam menjalankan tugasan dakwah, tarbiyyah dan amar makruf nahi mungkar dalam konteks amal Islam.

Usrah menjadi satu wasilah dan institusi penting dalam merekrut kader-kader dakwah yang berperanan di dalam tanzim jamaah juga di dalam masyarakat. Kader dakwah yang diperlukan mestilah seorang yang mempunyai ilmu dan fikrah yang jelas, syaksiah yang boleh dicontohi serta iltizam yang kukuh terhadap penghayatan Islam dan perjuangannya.

Oleh itu, usrah mempunyai matlamat dan tujuan yang perlu dicapai dan ia juga diikat oleh rukun dan adab tertentu demi keutuhan dan keberkesanan penubuhannya.

SENARAI PENUH JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 2011-2013

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:

1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

SENARAI PENUH JAWATANKUASA PAS PUSAT 2011-2013

Berikut adalah senarai penuh AJK PAS Pusat sesi 2011-2013 seperti yang diumumkan sebentar tadi.

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’

3. Mahfuz Omar, YB Dato’

6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
8. Hanipa Maidin, Hj
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr.
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
11. Khalid Abd Samad, YB Hj.
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
17. Nuridah Salleh, Ustazah
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.


Friday, June 3, 2011

Program Permata Tunas Islam DITUNDA

Assalamualaikum

Dimaklumkan Program Permata Tunas Islam yang dijadualkan pada esok (4 Jun 2011) ditunda ke tarikh 2 Julai 2011 InsyaAllah. Segala kesulitan bagi pihak Muslimat Banggol Belimbing memohon kemaafan. Harap maklum

Wednesday, June 1, 2011

PROGRAM PERMATA TUNAS ISLAM

Jemput datang ke program muslimat PAS Banggol Belimbing pada Sabtu 4 Jun jam 9 pagi.Antara pertandingan menarik:

Masakan (Terbuka Muslimat)
Gubahan dari kain (Terbuka Muslimat)
Bercerita (6-12 tahun)
Mewarna (6-12 tahun)

Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 2 Jun 2011

Program dijangka dirasmikan oleh Puan Maryam (Penghulu Dewan Muslimat Pas Lenggong Zon Lenggong)

Sebarang pertanyaan boleh merujuk Alang (0194626879) / Ibn Bashah (0135062309)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Friday, May 27, 2011

HJ RAZMAN ZAKARIA calon Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013


Berdasarkan senarai calon untuk jawatan Kerja PAS Pusat sesi 2011- 2013 yang dikeluarkan tadi , HJ RAZMAN ZAKARIA merangkap YDP KAWASAN LENGGONG telah tersenarai sebagai calon untuk Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2011-2013, calon juga merupakan pengerusi bagi BAPA (Badan Bertindak Peserta FELCRA) yang merupakan satu badan yang telah ditubuhkan dibawah lujnah PAS.

BAPA dibawah pimpinan HJ RAZMAN telah menunjukkan kecemerlangannya dalam membantu peserta FELCRA yang ditindas ..

Berikut sedikit mengenai latarbelakang Calon

NAMA
HJ RAZMAN ZAKARIA

JAWATAN SEKARANG
YDP PAS KAWASAN LENGGONG,
PENGERUSI BADAN BERTINDAK PESERTA FELCRA (BAPA )

PENDIDIKAN
IJAZAH SARJANA MUDA MATEMATIK (UKM)
IJAZAH SARJANA PENTADBIRAN AWAM (UKM)

PENGALAMAN
MANTAN PENOLONG KANAN PENGARAH KASTAM MALAYSIA (1987 -2009 )
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG PEGAWAIKANAN 2003 DAN 2007 KDRM



Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:
PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
1. Mohamad Sabu, Hj
2. Nasharudin Mat Isa, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’

NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato’
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri
6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj

4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,

5. Ahmad Sabki Yusof,

6. Aiman Athirah Al-Jundi

7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.

8. Apandi Mohamad, Hj

9. Asmuni Awi, Hj

10. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,

11. Azman Shapawi, Ustaz

12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr

13. Halimah Ali, YB Dr.

14. Hamzah Abdullah,

15. Hamzah Jaafar, Dr.

16. Hanipa Maidin, Hj

17. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.

18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)

19. Iskandar Abdul Samad, YB

20. Kamal Ashaari, Ustaz

21. Kamarudin Jaffar, YB Dato’

22. Khalid Abd Samad, YB Hj.

23. Khalil Idham Lim, YB

24. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.

25. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.

26. Mazlan Aliman,

27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz

28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.

29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB

30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz

31. Mohd Anuar Tahir, Hj

32. Mohd Firdaus Jaafar, YB

33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.

34. Mohd Nasir Mustafa,

35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz

36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji

37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr

38. Muhammad Husin, YB

39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.

40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB

41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,

42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz

43. Norazli Musa, Ustaz Hj.

44. Normala Sudirman,

45. Nuridah Salleh, Ustazah

46. Razman Zakaria,

47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,

48. Rosidi Hussin

49. Sa’ari Sungib, YB Hj.

50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.

51. Suhaizan Kaiat,

52. Wan Hasrina Wan Hassan,

53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

Wednesday, May 25, 2011

KARNIVAL FUTSAL PARLIMEN LENGGONG TERTUTUP PIALA YDP PAS LENGGONG 2011

Tarikh:11 JUN 2011

Tempat:Padang Joga Futsal Kg. Padang Kunyit

Masa: 7.30 pg. hingga 9.00 malam

Hadiah:Piala Pusingan, Piala Iringan.
Wang tunai:Johan(RM400), N. Johan((RM 300), Ketiga(RM200), Keempat (RM 200).

Anjuran:Lajnah Sukan Dewan Pemuda Kawasan Lenggong (DPPK Lenggong)dengan kerjasama
PAS Kawasan Lenggong

Tarikh Tutup penyertaan: 7 Jun 2011at

Syarat-syarat pertandingan:

1.Pertandingan dijalankan dalam format permainan 'futsal padang'

2.Pertandingan dijalankan dalam sistem permainan peringkat kalah-mati

3. 5 pemain utama dan 2 pemain simpanan untuk satu pasukan bertanding dan pakaian hendaklah menutup aurat

4. Taklimat pertandingan dan permainan akan diberikan sehari sebelum pertandingan berlangsung iaitu semasa undian pasukan bertanding dibuat.

5. Yuran pertandingan RM50/pasukan yang menyertai pertandingan.


6. Pasukan mestilah mewakili kampung atau cawangan dalam kawasan Parlimen Lenggong sahaja


Kepada yang berminat boleh hubungi:

Ustaz Wazir Bin Mat Zain (010-3841527)(DUN Kota Tampan)

Abdul Karim Bin Mahmud (012-5691430)(Lawin)

Ahmad Yub(0175581501) (Lawin Selatan)

Idris Abdul Rani (019-5199351)(Ulu Kenderong)


"PEMUDA NADI RAKYAT"

Saturday, May 21, 2011

Pelaksanaan usrah berkesan

Ihsan Alfadhil Ustaz Mohd Nor Omar
(YDP PAS KAWASAN TANGGA BATU)

Kemahiran pengendalian usrah
1.0 ULANGKAJI TENTANG USRAH
a. Kumpulan ukhuwwah.
b. Bukan majlis kuliah ilmu tetapi penuh dengan perkongsian ilmu dan pengalaman, imaniyyah, biah solehah dan penghayatan hidup Islam.
c. Bengkel latihan kemahiran berjama’ah dan kepimpinan. Unit tanzim amilin jama’ah.

2.0 ASAS PENGETAHUAN
a. Bidang pencapaian ahli- ilmu dan fikrah- keperibadian - iltizam
b. Usul tarbiyyah
- tarkiz tarbawi : ruh, aqal, hati dan nafsu
c. Usul dakwah
- maudhu’
- da’ie
- mad’u
- uslub
- wasilah

3.0 PERSEDIAAN

a. Persediaan ruh
- qiyam pada hari usrah
- solat subuh berjamaah
- al ma’athurat dan rabithoh
- tilawah dan tadabbur al quran

b. Persediaan bahan usrah
- ulangkaji bahan
- buat rujukan ayat-ayat al quran dan hadith-hadith
- buat rujukan buku-buku atau artikel yang berkaitan
- kenal pasti isi-isi penting

c. Persediaan pemfokusan dan pemberatan
- kenal pasti isu jamaah semasa seperti organisasi, gerakkerja, kepimpinan, keperibadian, commitment dsb.
- kenal pasti fokus dan objektif usrah

4.0 ORGANISASI USRAH
a. Ketua
b. Pengerusi liqa’
c. Pembentang tajuk
d. Pengulas tajuk
e. Pengulas Isu
f. Pentazkirah

5.0 PENDEKATAN ( USLUB)
5.1 Ta’arif
- aras kesedaran ke aras kefahaman
- hikmah dan nasihat yang baik
- membudaya ilmu dan amal melalui aktiviti yang dirancang.
- 2 hala dan melatih tugasan
- 80% sentuhan naqib

5.2 Takwin
- aras kefahaman ke aras keyakinan
- tugasan lengkap
- audit kefahaman ahli
- audit keperibadian dari segi ibadah dan akhlak
- audit iltizam dari segi keterlibatan dengan proksi- 50-50

5.3 Tanfiz
- aras keyakinan ke aras kepimpinan
- audition berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja- 20-80

5.4 Qiyadi
- aras kepimpinan dan penguasaan
- audtion berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja- 20-80

6.0 KEMAHIRAN PERIBADI ( PERSONAL SKILL)
6.1 Kemahiran mendengar
6.2 Kemahiran mempengaruhi
6.3 Kemahiran komunikasi
6.4 Kemahiran interaksi
6.5 Kemahiran interaktif
6.6 Kemahiran bahasa badan
6.7 Kemahiran psikologi

7.0 CIRI-CIRI USRAH YANG BERKESAN
7.1 Berusaha mencapai matlamat perjuangan jama’ah.
7.2 Berusaha memenuhi keperluan jama’ah
7.3 Berusaha mencapai objektif usrah menurut tuntutan jama’ah.

8.0 PENUTUP
Kelihatannya sukar untuk mencapai tahap berkesan bagi sesebuah usrah. Namun jika para nuqaba' berusaha dan berterusan dalam menimba pengalaman berusrah ianya akan tercapai melalui kesungguhan dan penghayatan nuqaba' dan juga ahli-ahli usrah. InsyaAllah.Wallahu a'lam

Monday, May 16, 2011

DOA WEHDAH (KESATUAN)

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون
لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون
لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين
لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

ربيده الخي
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر


Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar

SELAMAT HARI GURU

SOFF DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN LENGGONG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK .
SELAMAT BERJUANG MENDIDIK , MELAHIRKAN PEJUANG KEBENARAN MERUNTUHKAN KEZALIMAN!

Najib umum kenaikan pangkat secara terpilih,buktikan tawaran 100 hari pakatan rakyat lebih relevan-YB Idham Lim

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 16 Mei :-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Pengumuman ini sekaligus menafikan apa yang pernah disebutkan dalam program 100 hari buku jingga Pakatan Rakyat untuk memberi tambahan gaji kepada semua guru sebanyak RM 500 adalah sesuai dilaksanakan dan bukannya membawa kepada negara bankrap seperti yang pernah diucapkan oleh Menteri pelajaran, Muhyiddin Yassin".

"Namun begitu terdapat sedikit kekeliruan mengenai kenaikan pangkat secara terpilih dan tidak melibatkan semua guru secara selakigus seperti yang telah diumumkan Najib" Demikian ulasan dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa dihubungi sebentar tadi.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan terdapat pilih kasih dan ada matlamat tertentu yang disifatkannya sebagai "ada udang disebali batu" dengan pengumuman kenaikan pangkat secara terpilih tersebut.

"Realitinya yang berkerja kuat ialah semua guru khususnya yang tidak berpangkat dan mereka sepatutnya mendapat imbuhan kenaikan secara menyeluruh seperti yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat" Kata Khalil.

"Dengan kerja keras mereka yang tidak berpangkat itulah prestasi pendidikan negara terus meningkat dan mereka mestilah dihargai semuanya, bukanya secara terpilih sahaja"Katanya

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," kata Najib dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di Kuching hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pangkat ke Gred Khas, Namun menjanjikan semua guru lain peluang menikmati pergerakan gaji tahunan sepereti biasa.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," Umum Najib.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," kata najib.

Dalam perkembangan yang berkaitan juga,Khalil idham Lim yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dilihat sangat relevan kerana tambahan gaji yang dicadangkan melibatkan semua guru termasuk yang diumumkan mendapat kenaikan pangkat dan gaji pada hari ini.

"Ianya tidak pilih kasih dan melibatkan kumpulan tertentu sahaja, sepatutnya ianya dilaksanakan oleh pihak kerajaan" katanya

Khalil Idham Lim yang juga pernah menajdi Guru sebelum spenuhnya aktif sebagai ahli politi mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini.

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, jasa guru sangatlah besar dan tinggi nilainya"

"Selain itu saya menyeru kepada seluruh warga pendidik untuk bersedia dari sekarang bagi menentukan Pakatan Rakyat mampu mengambil tampuk pemerintah Malaysia dan untuk diPerak mengembalikan kuasa yang telah di rampas oleh UMNO dan BN".

"Harapan saya Guru tidak akan tunduk dengan ugutan dan desakan pihak tertentu dan berani melakukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih Selamat pada masa akan datang" Tegasnya